Menu

Mode Gelap
Anis Baswedan Jadi Ketum PPP? Konfigurasi Politik Nasional segera berubah!!! Sultan Banten IX Tirtayasa: Memaknai Idul Adha adalah Memaknai Pengorbanan Tulus Ikhlas Nabi Ibrahim Pesan Idul Adha dari Ketum PW JATMA ASWAJA Banten KH Tubagus Sehabudin Assa’idiy Diantar hujan-hujanan, Sapi Kurban Kapolres Metro Tangerang Kota Sudah didistribusikan. KH Tb Sehabudin Ucapkan Terimakasih. Bupati Kabupaten Tangerang Drs. H. Moch Maesyal Rasyid M.Si Serahkan Hewan Kurban Sapi ke Masyarakat Buaran Bambu Pakuhaji

Berita · 30 Jan 2025 12:43 WIB ·

Hikayat Hang Tuah


 Hikayat Hang Tuah Perbesar

Jakarta (babadbanten.com). (1758) Hikayat Hang Tuah, manuskrip terawal yang merupakan sebuah transliterasi manuskrip Hikayat Hang Tuah yang tertua dalam simpanan mana-mana perpustakaan dunia oleh Muhammad Haji Salleh, iaitu versi Cod. Or. 1762 di Leiden, bertarikh 1758 bersamaan 1172H. Dalam khazanah dan warisan kita, terdapat 30 salinan Hikayat Hang Tuah di seluruh dunia, iaitu di Malaysia, Indonesia, dan negara-negara Eropah, khususnya Belanda, England dan Rusia. Dan seperti dapat diteka, usia naskhah-naskhah ini juga berbagai-bagai, dari yang paling tua hinggalah yang paling muda.

Dua buah lagi yang terdapat di Leiden ialah MI 572 dan MI 207 (dalam Koleksi von de Wall) dan disalin di Melaka, pada tahun 1277H, iaitu 1861 Masihi. Pada suatu waktu, yang tidak bertarikh, dan mungkin setelah kejatuhan Melaka, ratusan cerita-cerita lisan tentang Hang Tuah disusun kembali supaya diberikan suatu alur kisah yang kronologis dan teratur. Oleh sebab cerita-cerita ini cukup besar jumlahnya, dan banyak pula versinya yang terdapat di Sumatera dan Semenanjung, maka hikayat yang dikarang ini juga dapat diibaratkan seperti suatu kalung permata agung sastera, yang juga sama panjang pula. Selain meminjam daripada beberapa sumber lisan, Hikayat Hang Tuah juga meminjam daripada Sulalat al-Salatin, dan kisah kejayaan watak asalnya.

Yang sangat luar biasa dalam karya ini ialah hakikat bahawa terdapat ratusan episod, yang hanya berhubungan dengan kembara Hang Tuah dan kejayaan seorang manusia yang berasal dari Sungai Duyung, iaitu sebuah kampung terpencil di Pulau Singkep, Riau, beliau dibawa oleh keluarganya berpindah ke Bentan serta Melaka. Di Melaka, setelah memperlihatkan keberanian yang tiada tandingnya, dan kesetiaan yang luar biasa, beliau dijadikan bentara di istana sultan. Apabila beliau menjadi semakin matang dan mengenal dunia perhubungan antarabangsa, beliau dinaikkan taraf menjadi jurucakap istana dan duta ke istana-istana penting di dunia pada masa itu.

Dalam sebuah episod yang sangat menyayat, beliau ditakdirkan membunuh teman dan saudaranya bagi menegakkan kuasa sultan dalam menjalankan tugas yang tertanam dalam dirinya dan menjadi bukti kesetiaannya kepada baginda. Hang Tuah belajar daripada beberapa orang “ajar-ajar” supaya menggunakan kemahiran berkeris, membaca pustaka dan firasat kawan atau musuhnya supaya pandai bercerita dan menjadi seorang duta, yang tiada tolok bandingnya. Beliau mengakhiri hidupnya sebagai seorang darwisy yang cuba mencari rahsia alam kubur untuk rajanya. Akhirnya, beliau disebut sebagai ketua masyarakat yang tinggal di hulu sebatang sungai.

#JagatIMPAK
#HikayatHangTuah
#ManuskripMelayu

Sumber: Abdullah Hassan dan WAG DEKKAN

Artikel ini telah dibaca 14 kali

badge-check

Penulis

Baca Lainnya

Anis Baswedan Jadi Ketum PPP? Konfigurasi Politik Nasional segera berubah!!!

10 Juni 2025 - 07:29 WIB

Sultan Banten IX Tirtayasa: Memaknai Idul Adha adalah Memaknai Pengorbanan Tulus Ikhlas Nabi Ibrahim

10 Juni 2025 - 01:55 WIB

Pesan Idul Adha dari Ketum PW JATMA ASWAJA Banten KH Tubagus Sehabudin Assa’idiy

9 Juni 2025 - 01:53 WIB

Diantar hujan-hujanan, Sapi Kurban Kapolres Metro Tangerang Kota Sudah didistribusikan. KH Tb Sehabudin Ucapkan Terimakasih.

8 Juni 2025 - 11:58 WIB

Bupati Kabupaten Tangerang Drs. H. Moch Maesyal Rasyid M.Si Serahkan Hewan Kurban Sapi ke Masyarakat Buaran Bambu Pakuhaji

7 Juni 2025 - 00:38 WIB

MEMAHAMI KEBERADAAN SISTEM ASET NUSANTARA

5 Juni 2025 - 06:35 WIB

Trending di Berita